Wednesday, November 19, 2008

Aliran pondok.... ada keindahan yg terhijab


Aliran pondok.... ada keindahan yg terhijab


Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, sebelum ana memulakan bicara ini terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah taala kerana masih mampu kita berbicara dan melangkah di bumi yang fana ini. Moga segala peluang yang ada ini dapat kita gunakan untuk mencari redhaNya.Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat r.a. dan tabien sterusnya insan-insan yang merindukan suasana Islam.Dalam menempuh gelombang dunia akhir zaman ini kita yang lemah iman pastinya dalam kebingungan dan keresahan dalam suasana alam yang penuh dengan fitnah dan seribu satu macam maksiat yang menyebabkan hati tiada ketenangan dalam mencari kedamaian.


Pusat pengajian Islam tradisional yang lebih dikenali dengan "Mengaji Pondok" ini adalah satu-satunya institusi ilmu yang berhubung rapat dengan masyarakat yang dibuka dan dilaksanakan atas keperluan musyarah oleh induvidu muslim yang ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan dunia.Bermatlamatkan menjadi seorang mukmin yang beriman dengan akidah yang sahih dan amalan yang benar. Sebenarnya institusi pengajian Pondok ini telah diasaskan oleh para ulama' beberapa abad yang lalu adalah kesinambungan daripada Madrasah Rasul.


Mari kita imbas kembali sejarah Institusi pengajian Pondok, tidak dapat dinafikan bahawa ia telah memberi saham yang besar dalam perkembangan politik dan sosial Negara. Sebelum zaman penjajahan contohnya, Institusi pengajian Pondok menjadi sumber utama masyarakat Islam untuk menimba ilmu, kemudian dalam era penjajahan pula ia telah menampilkan pejuang daripada golongan ulama' yang digeruni penjajah.Namun setelah peralihan ke zaman kemerdekaan, berlaku kebangkitan Islam yang menyebabkan kecenderungan untuk menuntut di Pondok. Lihatlah Institusi pengajian Pondok dengan identitinya yang tersendiri dianggap oleh sesetengah masyarakat sebagai "jumud" atau rendah taraf sebenarnya memiliki keistimewaan dan kepentingan luar biasa yang sebenarnya tidak mampu ditandingi atau dicapai oleh pendidikan sekular yang lain.


Keistimewaan Pengajian Aliran Pondok


Pertamanya, ia mengamalkan kongsep pendidikan Rasulullah. Di mana Institusi Pondok ini merupakan satu-satunya pusat pengajian yang mengamalkan kongsep pendidikan Rasulullah s.a.w. Model paling utama untuk diikuti, bermula dengan masjid dan tempat-tempat ibadah seperti dengan Masjid dan tempat ibadah seperti Surau dan Madrasah sebagai tempat pengajian.Keikhlasan guru-guru yang mengajar pula tanpa sebarang imbuhan dunia dan kesedaran para pelajar menuntut ilmu bukannya bermatlamatkan ijazah atau sanjungan. Tetapi semata-mata untuk membebaskan diri dari keluarga dan masyarakat daripada belenggu kejahilan adalah merupakan nadi utama sistem pengajian di Pondok.


Yang kedua , ia mengamalkan sukatan pembelajaran berasaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Asas sukatan pengajian yang menekankan keseluruhannya kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah secara teori dan praktikal bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Kitab-kitabnya pula adalah daripada kitab-kitab yang muktabar yang sudah diakui kesahihan dan ketepatannya. Jadi masihkah ada lagi pesoalannya?Sedar atau tidak institusi pengajian Pondok sebenarnya menjadi benteng utama bagi menangkis serangan penyelewengan Aqidah, Ibadah dan Syaksiyyah ummah. Justeru itu ia dapat melahirkan ulama'-ulama' pewaris nabi.


Sejarah telah membuktikan kebanyakan tokoh ulama' adalah daripada kalangan lepasan pengajian Pondok. Ini jelas membuktikan institusi pengajian Pondok juga mampu menyumbangkan sesuatu yang sangat bernilai untuk Negara.Bahkan sumbangan Institusi ini merupakan permata yang tiada nilainya. Hakikatnya ulama' Al-Amilun ( ulama' yang beramal dengan ilmu ) inilah yang menjadi penyelamat masyarakat sekiranya fungsi ulama' diletakkan pada tempatnya yang sebenar.







No comments: